comscore
Tumpuan :
Nasional

Kedua-dua kanak-kanak mandi sungai semalam, disahkan meninggal

Kanak-kanak ditemui oleh abang kandung kira-kira 30 meter dari lokasi mangsa lemas di sungai Tabanak, Lahad Datu. FOTO: NSTP

LAHAD DATU: Dua kanak-kanak yang mandi di sungai Kampung Tabanak, di sini, disahkan meninggal.

Nur Naufal Iqbal Mohammed Nizam, 11, yang berjaya diselamatkan semalam, disahkan meninggal dunia kira-kira 4 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Manakala rakannya, Mohammad Juiqram Julmasalleh, 11, ditemui lemas oleh abang kandungnya, jam 11.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.39 petang semalam.

Katanya, seramai lapan anggota dan pegawai bersama tiga jentera termasuk bot penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi turut dibantu oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu.

“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan terdapat dua orang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas melakukan aktiviti mandi di sungai berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Nur Naufal Iqbal berjaya diselamatkan oleh orang awam, manakala Mohammad Juiqram dilaporkan hilang.

Menurutnya, mayat Mohammad Juiqram diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini