comscore
Tumpuan :
Nasional

Kelindan lori maut tersepit dalam kemalangan

Foto Ihsan: JBPM Perak

Oleh: Kumaran Rajamoney

KUALA KANGSAR: Seorang kelindan lori maut dalam satu kemalangan melibatkan dua buah lori di Kilometer 245, Lebuhraya PLUS arah utara di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu sekitar jam 7.05 minit pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat dua mangsa iaitu pemandu dan kelindan masing-masing berusia 40 dan 25 tahun. Kemalangan melibatkan dua buah lori, bagaimanapun sebuah lagi lori sudah tiada di lokasi apabila pasukan bomba tiba.”

“Pemandu lori yang mengalami kecederaan di kaki berjaya diselamatkan orang awam. Kelindan lori pula didapati tersepit, dan telah disahkan maut di lokasi. Pihak bomba telah melakukan usaha membantu mengeluarkan mangsa,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini