comscore
Tumpuan :
Nasional

Keluarga mangsa besarkan payudara diminta rujuk JKNJ

JOHOR BAHRU: Keluarga wanita yang maut selepas membuat prosedur rawatan kecantikan membesarkan payudara diminta supaya membuat aduan rasmi ke Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata setakat ini jabatan itu belum menerima sebarang aduan rasmi mengenai kejadian.

Artikel berkaitan: Ambil suntikan besarkan payudara, ibu kepada dua anak maut

Justeru menyebabkan siasatan tidak dapat dijalankan dengan teliti.

Katanya, sekiranya aduan rasmi dibuat ahli keluarga mangsa, JKNJ boleh menyiasat kes berkenaan mengikut Akta 586.

“Akta 586 ialah Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Siswa 1998 bagi memastikan pusat rawatan kecantikan itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan juga mempunyai lesen profesional yang berkaitan.

“Saya dimaklumkan ahli keluarga mangsa telah membuat laporan polis dan besar harapan saya supaya pihak polis menjalankan siasatan dengan segera supaya punca kematian dapat dikenal pasti.

“Saya ingin menasihati kepada semua Bangsa Johor agar memastikan Pusat Kecantikan atau sebarang rawatan kecantikan perlulah mendapatkan pensijilan dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum anda menerima apa-apa rawatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam, selepas melawat keluarga mangsa di kediaman mereka.

Artikel berkaitan: Siasatan lanjut masih dijalankan, jangan buat spekulasi – Polis

Menurut Tian Soon, lawatan itu bagi mendapatkan maklumat dan memahami situasi sebenar kes selain menyampaikan salam takziah kepada keluarga mangsa.

Beliau dimaklumkan, mangsa meninggal dunia selepas menerima rawatan kecantikan di satu pusat kecantikan yang beroperasi di rumah.

“Saya dimaklumkan, mangsa merupakan seorang yang peramah dan ceria. Keluarga mereka juga telah mengaturkan pelancongan cuti bersama-sama. Mangsa meninggalkan dua anak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

“Polis ada terima laporan dibuat seorang lelaki pada 2 Ogos lalu, yang mengatakan isterinya meninggal dunia akibat rawatan kecantikan di kawasan Mutiara Rini, di sini.

“Selepas rawatan dibuat, mangsa mengalami sakit berterusan dan mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital swasta dan mangsa disahkan meninggal dunia jam 7.08 pagi di hospital berkenaan,” katanya.

Loading...
Terkini