comscore
Tumpuan :
Nasional

Keluarga tuntut jenazah pasangan warga emas maut dibunuh

KUALA LUMPUR: Jenazah pasangan warga emas yang mati dibunuh di Kampung Sungai Penchala malam semalam, dituntut oleh waris sekitar jam 5.25 petang, hari ini.

Sebuah portal memetik sumber sebagai berkata jenazah kedua-dua suami isteri itu bakal disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Jalan Sungai Penchala dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala dalam satu liang lahad selepas Isyak.

Proses bedah siasat kedua-dua mayat itu mengambil tempoh masa tujuh jam bermula jam 10.30 pagi sehingga 5.30 petang tadi.

Bagaimanapun, waris keluarga mangsa enggan memberi sebarang komen berhubung kes terbabit ketika dihampiri petugas media.

Media sebelum ini melaporkan, sepasang suami isteri terbabit maut ditikam anak kandungnya di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala.

Mangsa masing-masing berusia 72 dan 82 tahun itu ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

Suspek berjaya ditahan jam 10.30 malam semalam didapati mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini