comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] 4 parah, 2 cedera dalam nahas 3 kenderaan di Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Pagoh

MUAR: Enam orang cedera termasuk empat daripadanya parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 139.9 Lebuhraya PLUS arah Selatan, berhampiran Pagoh, petang tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.23 petang.

Katanya, sebuah jentera beserta seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh bergegas ke lokasi kejadian.

Kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran membawa 28 penumpang termasuk seorang pemandu, sebuah kereta Mazda yang dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita serta sebuah van persiaran membawa 13 orang termasuk seorang pemandu.

“Empat mangsa yang parah terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang menaiki van persiaran akibat tersepit.

“Manakala dua lagi mangsa yang cedera ringan adalah pemandu bas persiaran dan seorang wanita yang menaiki kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, punca kemalangan masih disiasat dan kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital berhampiran.

Loading...
Terkini