comscore
Tumpuan :
Nasional

Trafik lancar namun perlahan di beberapa kawasan Lebuhraya PLUS

FOTO: LLM

PETALING JAYA: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan, terutamanya di Lebuhraya PLUS menghala ke utara dari Kulai ke Sedenak, Simpang Renggam ke Ayer Hitam dan ke selatan berhampiran R&R Seremban ke Senawang.

Pada jam 5 petang, trafik juga dikesan semakin sesak di sepanjang Rawang (S) ke Rawang, Bukit Tagar ke Tg Malim, Sungkai ke Ladang Bikam, berhampiran laluan keluar Gopeng, Ipoh (U) ke Menora, Kuala Kangsar ke Changkat Jering dan dari Sg. Dua ke Sg. Petani (U).

FOTO: LLM

Menurut jurucakap Lebuhraya PLUS ketika dihubungi, tiada kemalangan besar dilaporkan dalam beberapa jam yang lepas.

Pengguna diingatkan untuk mematuhi semua peraturan keselamatan jalan raya semasa memandu.

“Kami juga telah membuka laluan ‘Smart Lane’ di beberapa tempat dan berharap pemandu akan mematuhi dan memandu di lorong kecemasan, hanya di tempat-tempat yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, di Lembah Klang, aliran trafik di kebanyakan tempat lancar tanpa sebarang kesesakan lalu lintas dilaporkan di semua bahagian pusat bandar.

Aliran trafik dijangka akan bertambah teruk bermula Sabtu ini, kerana mereka yang bercuti akan kembali ke bandar untuk bekerja pada hari Isnin.

Loading...
Terkini