comscore
Tumpuan :
Nasional

19 Kematian OKT Direkodkan Sehingga Julai Lepas

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini diberitahu sebanyak 19 kes kematian Orang Kena Tahan (OKT) semasa dalam tahanan di lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM) direkodkan bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Julai lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin berkata, jumlah kematian itu membabitkan tiga kes akibat dijangkiti COVID-19, tiga kes disebabkan penyakit jantung, dua kes kerana penyakit tibi dan empat kes melibatkan lain-lain penyakit seperti paru-paru berair.

“(Kematian akibat) gantung diri adalah sebanyak dua kes manakala lima kes lagi masih dalam status menunggu ujian makmal,” katanya  menjawab soalan Senator Datuk Dr Nuing Jeluing yang ingin tahu punca kematian dalam tahanan masih berlaku di sini. – BERNAMA

Loading...
Terkini