comscore
Tumpuan :
Nasional

Kematian pekerja kilang di Banting tiada unsur jenayah – Polis

Foto hiasan

KUALA LANGAT: Polis mengesahkan kematian seorang lelaki yang terjatuh pada ketinggian tujuh meter di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Banting, di sini, kelmarin tidak membabitkan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 3.38 petang.

“Siasatan mendapati pada jam 2.22 petang pengadu (penolong pengurus kilang) diberitahu seorang pekerjanya yang juga lelaki tempatan terjatuh dari bahagian dalam ‘conveyor’ bahan bakar pada ketinggian tujuh meter ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Pengadu kemudian pergi ke tempat kejadian dan mendapati mangsa tersangkut di kawasan pagar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, mangsa diberi bantuan awal dan dikejarkan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Polis mengklafikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR) iaitu kematian disebabkan kemalangan di tempat kerja,” katanya.

Loading...
Terkini