comscore
Tumpuan :
Nasional

Kenderaan tertusuk besi penghadang jalan, wanita maut, 3 kanak-kanak cedera 

MIRI: Seorang wanita maut, lima lagi mangsa cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas dan tertusuk besi penghadang jalan di Suai Jalan Pan-Borneo petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah Rary Binjie mengesahkan, mangsa yang maut di lokasi kejadian, Diana Tinsie Douglas berusia 20 tahun.

“Lima lagi mangsa termasuk tiga kanak-kanak turut mengalami kecederaan dan dikeluarkan oleh orang awam yang turut berada di lokasi kejadian dan dihantar ke klinik kesihatan berdekatan bagi diberikan rawatan lanjut,” ujarnya.

Menurutnya, sepasukan anggota dari BBP Batu Niah bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.36 petang.

Katanya, sampai di lokasi, pasukan bomba yang menjalankan pemeriksaan mendapati terdapat seorang mangsa masih berada pada bahagian kerusi penumpang belakang kereta.

Pasukan bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut berada di lokasi kejadian.

Impak yang cukup kuat dari insiden rempuhan itu turut menyebabkan besi penghadang jalan berkenaan tertusuk hingga ke bahagian belakan kereta.

Punca berlaku kemalangan berdekatan bagaimanapun masih lagi dalam siasatan. Selepas menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan, pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak balik semula ke balai.

Loading...
Terkini