comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran musnahkan bangunan tadika  

Bangunan tadika di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tukau di Jalan Bakam, Miri, musnah terbakar, awal pagi hari ini. – FOTO: Ihsan JBPM.

KUCHING: Sebuah bangunan tadika Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tukau di Jalan Bakam, Miri, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, kebakaran membabitkan sebuah bangunan pra-sekolah jenis struktur kekal satu tingkat.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 6.18 pagi.

Menurutnya, operasi pemadaman membabitkan sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral.

“Kejadian itu memusnahkan sebahagian bangunan berkenaan dan tidak membabitkan sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan oleh bahagian forensik kebakaran bagi mengenal pasti punca kejadian.

Loading...
Terkini