comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerabat diraja Johor sumbang 19 ekor lembu korban

Oleh: Zahir Senapiah

PONTIAN: Kerabat diraja Johor menyumbang 19 ekor lembu untuk dijadikan korban sempena sambutan Aidil Adha, tahun ini.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, 21 ekor lagi disumbangkan oleh orang ramai.

Datuk Yahya mengetuai proses penyembelihan dan pengagihan daging korban yang diadakan di Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas, Pontian, jam 10 pagi tadi.

Kira-kira 40 pekerja terbabit memotong dan melapah daging sebelum diagihkan.

Sebanyak 2,500 pek daging korban dibungkus dan diserahkan kepada wakil penduduk yang hadir pada hari pertama korban.

Program korban ini akan berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.

“Korban ini adalah amanah yang telah diberikan kerabat diraja khususnya Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor Paduka Paduka Anakanda pada saya untuk melaksanakan ibadah korban bagi pihak kerabat diraja Johor”.

“Penyerahan daging korban ini telah pun kita aturkan yang mana kebanyakannya akan kita hantar sekitar Johor Bahru selain beberapa daerah berdekatan” katanya.

Bagaimanapun katanya, tumpuan khusus diberikan kepada mereka yang tinggal di rumah murah, rumah flat dan sebagainya sekitar Johor Bahru.

Loading...
Terkini