comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan komited bawa produk usahawan desa tembus pasaran global

FOTO: NSTP

KUCHING: Kerajaan Menerusi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited dalam usaha mengangkat produk usahawan desa termasuk dari Sarawak untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri berkata, produk terbabit perlu berkualiti dari segi aspek kebersihan dan pembungkusan sebelum ia boleh dipasarkan secara global.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi tujuan berkenaan  intergrasi perlu dilaksanakan antara Majlis Usahawan Malaysia bersama usahawan terlibat dalam industri halal termasuk desa dari Sarawak.

Ia bagi membolehkan penghasilan produk yang bukan sahaja memenuhi piawaian tempatan malah turut menepati standard piawaian bagi pasaran antarabangsa.

“Apabila kita meyertai MIHAS umpamanya, supaya produk daripada sarawak ini dapat diketengahkan dan saya yakin Sarawak mempunyai  keunikan produk yang tidak dapat dikeluarkan oleh negeri lain di malaysia ini.

“Saya juga janji dengan rakan-rakan saya supaya kita memasarkan produk unik  Sarawak ini untuk berada di pasaran antarabangsa nanti,” katanya

Beliau berkata demikian merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa K-U-D di Kota Samarahan.

Datuk Seri Ahmad  yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, KKDW memperuntukkan dana berjumlah lebih RM200 juta bagi memastikan perancangan dan strategi bersepadu seperti latihan, sokongan dana dan penyediaan infrastruktur yang kondusif bagi perkembangan usahawan desa.

Manakala peruntukkan RM12,665 juta membabitkan 8,188 penerima  di Sarawak bagi program pengukuhan keusahawanan dan pembiayaan kewangan usahawan luar bandar di negeri berkenaan.

Ia antaranya Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) Tahun 2024 kepada 39 penerima berjumlah RM6,536 juta menerusi Majlis Amanah Rakyat, Program Keusahawanan Negeri Sarawak Tahun 2024 dari Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, RISDA kepada 537 penerima berjumlah RM3,832,500.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini