comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan komited sediakan beras putih tempatan mencukupi kepada rakyat – PM

Oleh: Kumaran Rajamoney

PADANG BESAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan penyaluran Beras Putih Tempatan (BPT).

Usaha ini termasuk dengan memastikan agensi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuat pemerolehan BPT untuk dipasarkan kepada kumpulan sasar dengan lebih tersusun.

“Di samping itu, bermula hari ini kerajaan juga telah menetapkan penggunaan beras import bagi semua agensi kerajaan termasuk asrama sekolah sebagai langkah meningkatkan bekalan beras tempatan di pasaran.

“Langkah ini sedikit sebanyak akan meningkatkan keberadaan BPT di pasaran untuk kegunaan rakyat teramai, dengan lebih mudah,” katanya
ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani negeri Perlis di Masjid Nurul Huda, FELDA Chuping.

Turut hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Tambah Anwar kerajaan sedar pengeluaran BPT adalah terbatas dan akan mengambil langkah pro aktif bagi meningkatkan pengeluarannya
secara berterusan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini