comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan teliti bantuan banjir kepada 102 mangsa yang tercicir

 

KUALA NERUS: Kerajaan Persekutuan akan meneliti semula senarai nama 102 mangsa banjir di Taman Permint Perdana Fasa Satu, Seberang Takir yang didakwa tercicir daripada menerima bantuan banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau memandang serius perkara tersebut dan akan memastikan mereka yang berkenaan menerima bantuan sebagaimana yang diumumkan kerajaan.

Menurutnya, sebelum ini bantuan berkenaan telah diluluskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan diagihkan melalui pejabat daerah terlibat.

“Saya akan meneliti perkara ini dan saya yakin mereka tercicir kita akan mendahulukan peruntukan yang disalurkan oleh NADMA kepada kerajaan negeri yang disalurkan melalui pegawai-pegawai daerah, diteliti semula”.

“Saya akan dapatkan peruntukan daripada NADMA ini untuk kita salurkan terus melalui ahli undangan negeri”, ujarnya.

Sementara itu, mangsa banjir terbabit berharap pihak berwajib dapat menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Ia bagi memastikan tiada sebarang isu penyelewengan mahupun penyalahgunaan kuasa dalam pengagihan bantuan banjir kepada golongan terlibat.

Terdahulu, sebahagian wakil penduduk Taman Permint Perdana Fasa Satu, hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Nerus bagi menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Ahmad Zahid.

Loading...
Terkini