comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerja pemulihan kren tumbang di landasan stesen Rawang dijangka siap dalam tempoh 24 jam – KTMB

Foto: Kementerian Pengankutan Malaysia / Facebook

PETALING JAYA: Kerja pemulihan landasan akibat kren tumbang di landasan stesen kereta api Rawang dijangka siap dalam tempoh 24 jam.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, kerja-kerja pembaikan melibatkan pemasangan semula kabel yang terputus, penggantian komponen rosak dan proses pengujian bekalan elektrik kepada alat talian atas.

“Kerja-kerja pembaikan itu melibatkan pemasangan semula kabel yang terputus, penggantian komponen rosak dan proses pengujian bekalan elektrik kepada alat talian atas.

Foto: Kementerian Pengankutan Malaysia / Facebook

“Kren binaan itu mendap di kawasan pembinaan dan menjadi condong ke arah landasan menyebabkan bahagian atas kren telah beralih lalu mengakibatkan sebahagian struktur bahagian kren itu bersama-sama kabel dan komponen patah dan jatuh pada alat talian atas dan landasan kereta api,” katanya dalam satu sidang media.

Kata Datuk Mohd Rani, kejadian kren tumbang itu berlaku pada 5.33 petang di landasan kereta api Kilometer (KM) 355.749 di antara Rawang dengan Kuang.

Foto: Kementerian Pengankutan Malaysia / Facebook

Insiden tidak mengakibatkan kecederaan terhadap penumpang dan kakitangan, namun ia menyebabkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah Klang bagi laluan KL Sentral – Tanjung Malim – KL Sentral serta tren kargo terganggu dan mengalami kelewatan melebihi dua jam daripada jadual asal.

Sebagai langkah awal, KTMB telah membuat isolasi terhadap bekalan elektrik pada laluan yang terjejas bagi memastikan kawasan insiden selamat untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

KTMB juga menyediakan 24 bas perantara kepada para penumpang terjejas untuk membawa mereka ke stesen berdekatan bagi meneruskan perjalanan.

Ia bagi menampung 20,000 penumpang komuter dan 10,000 penumpang ETS yang terjejas serta melibatkan 32 perkhidmatan ETS dan 46 perkhidmatan komuter bagi sektor Tanjung Malim – Pelabuhan Klang – Tanjung Malim.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini