comscore
Tumpuan :
Nasional

Tren ekspres rakyat timuran dari Tumpat ke Johor Bahru ikut jadual – KTMB

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Perkhidmatan tren Ekspres Rakyat Timuran dari Tumpat, Kelantan ke Johor Bahru, Johor hari ini berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Jurucakap Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) berkata walaupun berlaku kemalangan membabitkan seorang individu yang maut digilis kereta api kira-kira 12.47 tengah hari tadi, ia tidak menyebabkan berlaku kelewatan kepada penumpang untuk sampai ke destinasi.

“Perkhidmatan tren ekspress dari Tumpat ke Johor Bahru hari ini berjalan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak akan berlaku kelewatan,” katanya.

Artikel berkaitan: Cebisan tubuh manusia bertaburan di stesen kereta api

Beliau berkata KTMB menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Sebelum ini media melaporkan, badan lelaki maut dirempuh dan digilis kereta api di Kampung Palekbang dalam kejadian tersebut.

Mangsa dikatakan tidur di atas landasan sebelum dirempuh tren Ekspres Rakyat Timuran dari Johor Bahru ke Tumpat itu. – BERNAMA

Loading...
Terkini