comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes 1MDB: Percanggahan sijil cuti sakit, hakim minta doktor hadir beri penjelasan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan doktor yang memberikan sijil cuti sakit kepada saksi pegawai penyiasat dalam perbicaraan penyelewangan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), memberikan penjelasan mengenai percanggahan dalam dokumen itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memohon supaya perbicaraan pada hari ini dan esok ditangguhkan kerana saksi ke-49 pendakwaan iaitu Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin bercuti sakit.

Ahmad Akram berkata, beliau tiada pilihan lain selain memohon penangguhan kerana tiada saksi lain yang tersedia untuk memberikan keterangan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian meminta pendakwaan mengemukakan sijil cuti sakit itu kerana beliau mahu menyemak perkataan pada dokumen berkenaan.

Ketika diminta menjelaskan mengenai apa perkataan yang tertera pada sijil cuti sakit saksi, Ahmad Akram berkata, terdapat dua versi iaitu yang pertama menyatakan ia tidak sah untuk digunakan bagi ketidakhadiran prosiding di mahkamah dan versi kedua pula, tiada perkataan berkenaan.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian memerintahkan supaya doktor terbabit hadir di mahkamah untuk memberikan penjelasan mengenai percanggahan berkenaan.

Datuk Seri Najib Tun Razak, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Prosiding berhenti rehat seketika bagi membolehkan pendakwaan menghubungi doktor terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini