comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes cabul pesakit, doktor dibebas dengan jaminan polis

Oleh: Rohaniza Mat Isa

IPOH: Seorang doktor yang ditahan bagi membantu siasatan kes cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sini Rabu lalu, dilepaskan dengan jaminan polis, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah yang dihubungi Buletin TV3 memaklumkan lelaki berusia 29 tahun itu dibebaskan selepas tempoh remannya berakhir hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang doktor Rabu lalu susulan menerima laporan yang dibuat remaja itu pada jam 9.14 malam, 4 Jun.

Mangsa dalam laporannya mendakwa diganggu secara seksual oleh lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di wad kecemasan sebuah hospital di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini