comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes jenayah seksual tertinggi di Selangor

Oleh: Hamdi Fahmi Mohammad Zaki

SHAH ALAM: Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.

Kes yang direkodkan termasuk cabul, sumbang mahram, luar tabii, pornografi kanak-kanak dan komunikasi secara seksual.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, statistik itu dicatatkan berdasarkan faktor populasi penduduknya yang tinggi berbanding negeri lain.

“Selangor yang bersempadan dengan beberapa negeri misalnya Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Pahang menjadi salah satu penyumbang kepada jenayah ini diikuti Johor.

“Sistem jaringan internet yang mudah selain banyak kemudahan dari segi fasiliti dan kepadatan penduduk selain faktor ekonomi mendorong kepada peningkatan angka jenayah seksual ini. Golongan B40 yang berdepan keadaan ekonomi tidak stabil, keciciran pendidikan, keadaan rumah, penceraian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas sesi dialog bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.

Katanya kebanyakan kes yang direkodkan melibatkan warga tempatan iaitu sebanyak 90 peratus.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini