comscore
Tumpuan :
Nasional

Sejam terus buat hubungan seks, berkenalan di media sosial – Polis

Foto hiasan

RINGKASAN BERITA

  • Polis mendedahkan bahawa kanak-kanak mudah terpedaya untuk melakukan hubungan seks dengan individu yang baru dikenali secara dalam talian, kadang-kadang dalam masa hanya sejam selepas perkenalan awal.
  • Mudah tertarik dengan ayat pemangsa, kemudahan akses komunikasi dan pengangkutan, antara faktor yang memudahkan pergerakan mereka untuk berjumpa.

SHAH ALAM: Polis mendedahkan hanya dalam tempoh sejam berkenalan, seorang kanak-kanak mudah terpedaya untuk melakukan hubungan seks dengan individu yang baru dikenali mereka secara dalam talian.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dalam tempoh itu juga, mangsa akan berkongsi lokasi tempat tinggal mereka dengan pemangsa yang seterusnya mendorong kepada jenayah seksual.

“Sejam terus buat hubungan seks, ini berkenalan di media sosial, bagaimana ‘sexual grooming’ itu cepat berlaku.

“Mangsa tertarik dengan ayat ‘power’ pemangsa yang mengundang atau menyebabkan kanak-kanak itu terpedaya.

“Biasanya membina kepercayaan itu cepat, dengan memberikan janji manis dan keseronokan sehingga jenayah seksual itu mudah berlaku.

“Alat telekomunikasi dan internet memudahkan perkara itu berlaku, berkenalan, ‘chatting’, datang rumah, ada Grab (pengangkutan awam) memudahkan pergerakan untuk mereka berjumpa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Townhall Discussion Polis Kontinjen Selangor 2024 di Dewan D’ Cerana Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Program Kesejahteraan Komuniti Tanggungjawab Bersama itu turut dihadiri Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Siti Kamsiah menjelaskan, kanak-kanak antara golongan yang begitu mudah menyukai dan terpengaruh dengan media sosial dan mencari isi kandungan di dunia maya itu.

“Apabila mereka memberikan tanda suka (like), ini boleh menarik perhatian orang ramai. Ada juga stigma kanak-kanak boleh pikat seseorang itu, dia menjadi satu kebanggaan..saya tengok kawalan kendiri itu yang kurang,” katanya.

Beliau berkata, dalam usaha menangani kes ini, ibu bapa bukan sahaja mendidik sebaliknya mereka perlu memgawal tingkah laku anak-anak terutamanya dalam penggunaan gajet serta memantau bagaimana anak-anak melayari internet.

“Tidak boleh lari pembelajaran di rumah, selain mendidik, kawalan dan tahu persekitaran risiko anak-anaknya..tidak boleh lagi bergantung kalau ada pergerakan fizikal (di luar) jenayah itu berlaku..jenayah itu bermula di rumah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini