comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes kematian akibat denggi naik 400 peratus, jawatankuasa tangani denggi diaktifkan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi diaktifkan semua selepas kes kematian akibat denggi di seluruh negara mencatat peningkatan 400 peratus sehingga minggu ke-12 tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan itu membabitkan 17 kes kematian, berbanding hanya empat kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan kes jangkitan demam denggi pula merekodkan peningkatan 223 peratus membabitkan 26,222 kes bagi tempoh sama tahun ini, berbanding 8,214 kes pada 2022.

Sehubungan dengan itu jawatankuasa yang ditubuhkan pada 2014 itu diaktifkan semula bagi menggembleng usaha dan tindakan bersepadu untuk pencegahan serta kawalan denggi.

Foto hiasan

Jawatankuasa berkenaan membabitkan 12 kementerian, semua Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Jabatan Wilayah Persekutuan.

“Mesyuarat hari ini juga memutuskan Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan Mengenai Denggi dijenamakan semula kepada Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi supaya selaras dengan jawatankuasa Kabinet yang lain, selain akan bermesyuarat dua kali setahun.

“Selain itu, penjenamaan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Peringkat Kementerian kepada ‘Jawatankuasa Peringkat Tinggi Menangani Denggi, membabitkan semua kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa itu di Parlimen, hari ini.

Loading...
Terkini