comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes remaja dipukul bapa mabuk: Perakam video sudah dipanggil polis

REMBAU: Polis sudah mengambil keterangan saksi yang merakam video remaja perempuan dibelasah bapanya di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru, Kota di sini, sehingga mendapat 12 jahitan pada kepala.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, wanita berusia 44 tahun yang juga teman wanita bapa mangsa memberi keterangan pada 12 tengah hari, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, ketika kejadian, wanita itu sempat merakam video namun, dia tiada di lokasi apabila polis tiba di tempat kejadian.

“Wanita ini yang juga kekasih kepada bapa remaja itu tinggal bersama di rumah terbabit. Dia hadir di Balai Polis Kota bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hazri berkata, ibu bapa remaja itu sudah bercerai sejak dia berusia empat tahun, dengan mangsa tinggal bersama neneknya di Rantau, Seremban.

“Bagaimanapun, anak bongsu daripada empat beradik itu mula tinggal bersama bapanya sejak 2022,” katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 17 tahun ditendang dan dipukul bapa kandungnya menggunakan raga plastik, papan seterika dan kerusi plastik.

Lelaki itu dipercayai mengamuk selepas mangsa menceritakan kepada teman wanitanya bahawa dia pernah dirogol suspek.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini