comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes Zayn Rayyan: MCMC kemuka permohonan kepada TikTok, Telegram untuk menurunkan kandungan berkaitan

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari memaklumkan telah mengenal pasti beberapa laman sosial yang memaparkan dakwaan maklumat siasatan yang dibocorkan berkaitan kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abd Matiin kepada umum.

Dalam satu kenyataan media, MCMC memaklumkan telah mengemukakan permohonan kepada pengendali platform media sosial termasuk TikTok dan Telegram untuk menurunkan kandungan terbabit.

“Penyebaran dakwaan maklumat siasatan kes tersebut merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mengganggu perbicaraan kes.

“MCMC memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu,” jelas kenyataan itu,

Penguna media sosial juga jelas MCMC dinasihatkan untuk memadam hantaran atau sebarang komen boleh menimbulkan spekulasi.

“Berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu boleh menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya serta denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan tersebut diteruskan selepas pensabitan,” jelas kenyataan itu lagi.

Loading...
Terkini