comscore
Tumpuan :
Nasional

Kesan minyak hitam di LRA Sungai Labu: LUAS jamin tiada risiko henti tugas 

Petugas kontraktor LUAS sedang membersihkan sisa pencemaran minyak hitam. FOTO: LUAS / Facebook

SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memberi jaminan tiada risiko henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Labu, Sepang susulan penemuan kesan minyak hitam di aliran longkang kawasan itu, hari ini.

Agensi itu berkata, sehingga kini pihaknya melakukan pemantauan intensif sambil menambah aliran serta keadaan Sungai Langat baik dan terkawal.

“Sehingga jam 6 petang ini, sebanyak dua lori tangki aliran tercemar di dalam longkang sudah disedut.

“Kerja-kerja pembersihan dan penyedutan sisa tercemar kini mencapai tahap 85 peratus dan dijangkakan selesai sekitar jam 10 malam.

“LUAS berada di tapak sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan dan penyedutan tersebut sehingga selesai keseluruhannya dan tiada risiko pencemaran,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook, di sini.

Menurutnya, semua kerja itu dilaksanakan kontraktor yang dilantik LUAS.

Pada masa sama, sebanyak lima unit ‘oil boom’ ditambah di kawasan sekitar insiden pencemaran tersebut, selain 30 keping ‘oil pad’ sebagai langkah kawalan pencegahan.

Terdahulu, agensi itu mengaktifkan kod kuning selepas menemukan kesan minyak hitam, jam 10 pagi tadi.

Pengaktifan dilakukan mengikut Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air untuk tindakan siasatan menyeluruh serta mitigasi segera

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini