comscore
Tumpuan :
Nasional

Khairy mampu buat keputusan sendiri – Muhyiddin

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang, hari ini. Foto : NSTP


GEORGE TOWN: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sebagai seorang yang bijak dan cukup pintar dalam membuat pilihan terutama dalam soal menentukan hala tuju politiknya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata pihaknya sudah mengutarakan harapan supaya Khairy menyertai PN, namun terserah kepada bekas Menteri Kesihatan itu untuk memutuskan sama ada beliau akan menyokong gabungan parti itu atau tidak.

Presiden BERSATU itu turut mengesahkan beliau sudah menetapkan tarikh dan menerima persetujuan daripada Khairy untuk kedua-dua pihak mengadakan pertemuan minggu depan.

“Kami telah menyatakan bahawa kami berharap dia (Khairy) akan melakukannya (menyertai PN) tetapi terserah kepada beliau (untuk membuat keputusan).

“Dia seorang yang bijak dan cukup pintar untuk membuat pilihan,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam, perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menarik perhatian apabila turut disertai Khairy.

Terdahulu, Khairy menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikannya turut menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin berhubung pelawaan menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU.

Isu berhubung statusnya kembali ‘tergantung’ apabila beliau kemudian mengakui sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu.

Loading...
Terkini