comscore
Tumpuan :
Nasional

Khianat api rumah MP Beruas: lelaki ditahan negatif dadah 

 

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

IPOH: Lelaki yang ditahan kerana disyaki melakukan khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham disahkan negatif dadah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dipetik sebagai berkata keputusan itu diperolehi hasil saringan air kencing terhadap lelaki berkenaan yang ditahan pada Jumaat lalu.

Pada Jumaat, Mohd Yusri dalam kenyataan berkata lelaki itu ditahan di satu kawasan di Shah Alam, Selangor kira-kira 4 pagi dan direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Beliau berkata polis turut merampas dua telefon bimbit dalam tangkapan tersebut dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Semalam, Mohd Yusri turut mengesahkan lelaki berusia 30-an itu bukan ahli mana-mana parti politik dan polis masih menyiasat motif kejadian.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lalu, rumah Ngeh dipercayai dilontar dengan ‘molotov cocktail’ menyebabkan kebakaran yang memusnahkan sebuah kereta miliknya, manakala dua kenderaan lagi mengalami kerosakan. – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini