comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang alat tulis dan percetakan di Setapak terbakar

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang alat tulis dan percetakan di Setapak terbakar petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGOJBPMKL), pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 5.33 petang tadi.

Tiga jentera FRT digerakkan ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, Wangsa Maju dan Jalan Tun Razak bersama 23 orang anggota.

“Menurut Komander Operasi Ahmad Daniel Ahmad Kamal, setibanya di lokasi kejadian, kebakaran terjadi di dalam sebuah kilang alat tulis dan percetakan melibatkan bahan kimia kelas ke tiga (isopropyl alcohol (ipa), methyl ethl ketone (mek) dan toluene).

“Kebakaran berjaya dipadamkan dengan bantuan daripada sistem keselamatan kebakaran. Anggaran keluasan kilang dianggarkan 100 x 30 meter persegi dengan kemusnahan kebakaran 15 peratus,” jelas PGOKL.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini