comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang papan dan 4 unit kedai hangus dalam kebakaran

PAGOH: Sekurang-kurangya empat unit kedai dan sebuah kilang papan lama hangus dalam kebakaran di Jalan Lenga ke Bukit Kepong, dekat sini pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku jam 4.30 pagi tadi.

Antara kedai yang hangus termasuklah satu unit kedai makan, kedai runcit, kedai motosikal dan kedai kain.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Pagoh, Penolong Penguasa Mohd Fadli Ismail, berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 pagi.

Katanya, seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Labis, Bukit Gambir dan Bandar Baru memadam kebakaran.

Sementara itu tindakan pantas seorang bapa mencampak dua anak lelakinya menyelamatkan nyawa tiga beranak itu daripada rentung dalam kebakaran rumah kedai di Lenga, Bukit Kepong, di sini, awal pagi tadi.

Zamirul Suahimi, 30, mencampak Muhammad Firas Syahmi, 10, dan Muhammad Harith, 4, sebelum dua beradik itu disambut dua pekerja kilang yang menunggu van untuk ke tempat kerja.

Bagaimanapun, Zamirul yang terjun kemudian cedera di tangan akibat terkena zink selain melecur di telinga, mata dan mulut.

 

Loading...
Terkini