comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kilang perabot, produk kimia terbakar

 

KAJANG: Dua bangunan kilang, masing-masing kilang perabot dan kilang produk kimia di Jalan Seksyen 1/22 Taman Kajang Utama, dekat sini terbakar, hari ini.

Kebakaran dilaporkan berlaku pada jam 3.05 petang tadi, membabitkan dua blok bangunan kilang industri kecil yang beroperasi di bangunan kelas A teres satu tingkat.

Anggota bomba sedang bertungkus lumus memadamkan kebakaran dua kilang di Taman Kajang Utama, Kajang, petang tadi. – FOTO: Ihsan Bomba.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Serdang, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Bangi digerakkan ke lokasi bagi memadam kebakaran.

Keseluruhan seramai 23 orang pegawai dan anggota bomba bersama enam jentera terlibat dalam operasi pemadaman itu.

Operasi diketuai Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Jalizad Jalil bersama Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Salleh Bahran.

FOTO: Ihsan Bomba.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata blok pertama membabitkan lima lot premis terbakar 20 peratus di bahagian belakang akibat bahang api.

“Kebakaran di blok kedua membabitkan tiga lot premis kilang, masing-masing berkeluasan 1,440 kaki persegi dengan kerosakan kira-kira 90 peratus.”

Api dapat dipadamkan pada kira-kira jam 4.05 petang.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini