comscore
Tumpuan :
Nasional

Kilang proses minyak sawit terbakar 40 peratus

 

FOTO: JBPM

PASIR GUDANG: Kilang memproses minyak sawit di kawasan perindustrian Pasir Gudang, di sini, musnah kira-kira 40 peratus dalam kebakaran semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi.

Beliau berkata, sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dan Johor Jaya ke lokasi kejadian.

FOTO: JBPM

“Kebakaran di tingkat dua bangunan jenis struktur kekal berkeluasan 100×100 kaki mengakibatkan kemusnahan 40 peratus,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, operasi pemadaman mengambil empat jam dan tamat sepenuhnya pada jam 12. 29 tengah hari.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kejadian tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini