comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Kita akan jalankan tanggungjawab sebaik mungkin di APEC’ – PM

Oleh : Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Malaysia akan membincangkan perkembangan terkini isu Palestin-Israel, pada sidang Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin untuk menyuarakan pandangannya di pentas berkenaan.

“Kita akan bincangkan beberapa perkembangan dan kita akan jalankan tanggungjawab sebaik mungkin”,katanya ringkas selepas merasmikan Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa 2023 (PIPOC 2023) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
di sini.

Datuk Seri Anwar sebelum ini dilaporkan memutuskan untuk menghadiri APEC 2023 yang akan diadakan di San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Jelasnya, keputusan tersebut adalah untuk menjaga hubungan diplomatik dan keamanan, namun Perdana Menteri menegaskan pendirian negara tidak berganjak dalam mempertahankan keadilan menyokong Palestin.

APEC 2023 dijadual berlangsung pada 11 hingga 17 November ini, dan akan dihadiri semua negara Asia dan negara-negara APEC atas jemputan Presiden Joe Biden.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini