comscore
Tumpuan :
Nasional

 KKD akan perketat syarat kemasukan artis luar negara

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

SHAH ALAM: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan perketat syarat kemasukan artis luar negara untuk melakukan konsert dan persembahan di Malaysia.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata ia termasuk meneliti semula jaminan daripada pihak penganjur terhadap artis-artis luar negara.

Untuk itu, KKD akan bekerjasama dengan Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (JK-PUSPAL) untuk melakukan penelitian dan saringan dari segi perilaku artis agar kejadian seperti yang berlaku pada konsert kumpulan muzik Britain, The 1975 tidak berulang.

“Saya telah minta Pengerusi Jawatankuasa PUSPAL untuk meneliti semula segala proses yang ada tentang PUSPAL termasuk saringan seperti yang diminta oleh Kementerian Dalam Negeri.” ujar Fahmi ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian watikah penubuhan komuniti Madani dan sijil pelantikan Ketua Komuniti Madani di Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam.

Fahmi turut memaklumkan tempoh permohonan kemasukan artis luar negara juga akan dikaji semula untuk memudahkan pihak syarikat penganjur melakukan persiapan dengan lebih teratur.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan mengarahkan pembatalan serta merta penganjuran Festival Good Vibes 2023 yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat lalu hingga hari ini.

Fahmi turut dilaporkan berkata penganjur acara berkenaan juga digesa untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli tiket yang menempah untuk mengikuti konsert pada festival berkenaan.

Loading...
Terkini