comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM akan lancarkan Pelan Advokasi Gula

KKM ketengahkan slogan satu sudu teh sudah cukup, kurang lebih baik, tiada (gula) terbaik.

KUALA LUMPUR: Pelan Advokasi Gula akan dilancarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa terdekat bagi meningkatkan kesedaran awam berikutan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD), terutama kencing manis di dalam negara.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, inisiatif itu menyasarkan semua peringkat usia membabitkan pelbagai pihak, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“KKM akan melancarkan satu pelan iaitu pelan advokasi gula dalam masa terdekat ni insya Allah, ini sebagai satu usaha untuk tangani penyakit tidak berjangkit, penyakit kencing manis.

“Pelan ini meliputi semua peringkat umur dan kita mulakan di peringkat kanak-kanak lagi di pra sekolah, sekolah rendah serta dan juga IPTA dan IPTS. Malah, ia turut membabitkan golongan dewasa dan warga emas.

Jelasnya dibabitkan NGO, persatuan ibu bapa, ketua kampung, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pejabat Parlimen.

Beliau berkata demikian pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Zaliha berkata, KKM kini berada dalam fasa akhir sesi libat urus bersama persatuan penjaja bagi menggalakkan amalan pemakanan yang sihat secara menyeluruh.

KKM turut mengadakan perbincangan dengan persatuan penjaja dan peniaga kecil Putrajaya untuk menyediakan pilihan minuman tanpa gula dengan slogan satu sudu teh sudah cukup, kurang lebih baik, tiada (gula) terbaik.

Loading...
Terkini