comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM rekod 23 kes strok haba, kes terbaru di Sabah, Kedah

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 23 kes strok haba sejak minggu epidemilogi pertama sehingga ke-11.

Dua insiden terbaharu berlaku di Sabah serta Kedah pada 10 dan 11 Mac lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berdasarkan kes yang dilaporkan kepada fasiliti KKM setakat ini.

“Ada dua kes (baharu). Kalau ikutkan keseluruhan untuk strok haba ini, buat masa sekarang kita ada sejumlah 23 kes dan ini berdasarkan (kes) yang datang ke fasiliti kita.

“Jumlah (kes strok haba) ada di semua negeri, di Kedah, Perak, Selangor, Sabah, Perlis dan Pahang buat masa sekarang ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Pelancaran ‘Kick-Off’ Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024, yang disempurnakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Bazar Ramadan Presint 3 di sini, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini