comscore
Tumpuan :
Nasional

5 daerah di Kedah catat suhu panas

Kawasan sawah yang kering akibat cuaca panas di Jalan Langgar, Alor Setar. – FOTO: NSTP

LANGKAWI: Bilangan lokaliti yang merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga di Kedah meningkat kepada lima daerah hari ini berbanding dua seperti yang dilaporkan semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan di laman web rasminya petang ini memaklumkan, kawasan berkenaan adalah Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang dan Pokok Sena.

“Suhu maksimum harian di daerah terbabit adalah antara 35 hingga 37 darjah Celcius dan berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya.

Semalam, laman web sama memaklumkan hanya dua daerah di Kedah mencacat cuaca panas tahap satu iaitu Pulau Langkawi dan Yan, selain cuaca sama turut direkodkan di Seberang Perai Utara di Pulau Pinang.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasi suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang ramai boleh merujuk laman web rasmi MetMalaysia di pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini