comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Klip video raya kontroversi: MCMC rakam percakapan Aliff Syukri

 

Oleh: Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri susulan klip video ‘teaser’ Aidilfitri di ibu pejabatnya hari ini.

MCMC menerusi kenyataannya hari ini berkata, tindakan itu dibuat berikutan aduan yang diterima pihaknya berhubung kandungan klip video berkenaan yang mengundang perasaan kurang senang pelbagai pihak.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor pada hari ini.

“Rakaman percakapan ini adalah susulan aduan yang diterima oleh MCMC berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.

“Setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” memetik kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, kandungan klip video berkenaan juga dilihat sebagai kandungan yang berbentuk jelik selain ia juga melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 Akta 588.

Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi bersifat lucah atau sumbang bagi tujuan mengguris hati pihak lain.

Sabit kesalahan, usahawan kosmetik itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini