comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KPDN Perak rampas produk pencuci pinggan tiruan

 

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas produk pencuci pinggan berjenama yang disyaki tiruan dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Perpaduan, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat KPDN Perak, Mohamed Aznanshah Khalid, berkata dalam serbuan tersebut pihaknya merampas 8,419 botol berisi cecair pencuci pinggan berjenama tiruan, 6,000 liter sabun atau cecair di dalam tangki, 5,200 botol kosong dan kotak yang disyaki menggunakan cap dagangan berdaftar secara salah.

Foto: Ihsan KPDN

“Kesemua barangan tersebut telah disita untuk siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah sebanyak RM41,993,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Beliau berkata ketika serbuan, dua pekerja tempatan sedang asyik memproses produk tiruan tersebut.

Foto: Ihsan KPDN

Serbuan itu adalah hasil maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan pasukan perisikan KPDN Perak selama seminggu.

Katanya, hasil maklumat awal mendapati kilang itu telah beroperasi sejak Oktober tahun lalu dan berupaya membuat pengeluaran produk berjenama itu dengan anggaran 1, 000 botol sehari dan dipasarkan kepada peruncit di sekitar negeri Perak dengan harga RM3 sebotol.

Foto: Ihsan KPDN
Loading...
Terkini