comscore
Tumpuan :
Jenayah

Aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi di Chendering tumpas

IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas kira-kira 1,800 liter disyaki minyak diesel selepas serbuan dilakukan ke atas sebuah premis di kawasan perlombongan pasir dekat Chenderiang, Tapah, petang semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata serbuan yang dilakukan kira-kira jam 4.30 petang adalah hasil maklumat risikan anggota penguat kuasa KPDN selama seminggu, berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi terbabit di stesen minyak sekitar Chenderiang, Tapah dan Kampar.

“Hasil pemeriksaan, menemukan sembilan tong dram berisi minyak disyaki diesel aitu 1,800 liter dengan anggaran nilai RM4,820.

“Dalam serbuan itu seorang wanita berusia 40 tahun disyaki pemilik syarikat yang berada di tempat kejadian telah diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil siasatan mendapati minyak diesel berkenaan disyaki diperolehi daripada aktiviti pembelian minyak diesel bersubsidi dengan menggunakan lori melalui tangki asal di stesen minyak yang berdekatan secara berulang kali, kemudian dipindahkan ke tong dram untuk dikumpulkan serta digunakan oleh jentera bagi industri perlombongan pasir.

Beliau berkata, siasatan lanjut juga mendapati premis terbabit beroperasi tanpa sebarang lesen atau kebenaran untuk menyimpan barang kawalan minyak diesel.

KPDN Perak telah menyita minyak itu dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini