comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KPWKM mohon peruntukkan khas wujudkan sistem bersepadu JKM

 

 

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memohon Peruntukkan khas diberikan pada pembentangan Bajet 2023 pertengahan Februari ini bagi mewujudkan satu sistem bersepadu untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sistem bersepadu itu akan merangkum pelbagai data dan perkara-perkara yang diuruskan oleh JKM termasuk data kes keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak.

Katanya, ketika ini tiada satu sistem bersepadu yang boleh memberikan data tepat mengenai pelbagai kes-kes yang di kendalikan oleh JKM seperti penderaan kanak-kanak atau kes keganasan rumah tangga.

“Keseluruhan JKM tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain, sebab itu apabila ditanya oleh media kita tidak dapat berikan jawapan kerana kita tidak tahu melainkan kita berkomunikasi menerusi telefon,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu menyukarkan jabatan berkenaan memberikan satu data yang tepat dan menyeluruh dalam masa yang singkat apabila ia di perlukan.

“Jika anda ingin melihat keseluruhan data, kita tidak akan dapat berikan segera. Saya tanya kementerian, kita perlu tunggu mereka (JKM) untuk berikan data rasmi terlebih dahulu barulah kita boleh dedahkan kepada media,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan faedah Perkeso kepada waris Athirah Jaafar di Kampung Pulo, Kuching.

Selain peruntukan untuk mewujudkan sistem bersepaduaan berkenaan, kementerian terbabit juga turut memohon peruntukkan untuk menubuhkan Jabatan Kanak-kanak.

Penubuhan jabatan terbabit bagi membolehkan semua perkara berkaitan kebajikan dan Kesejahteraan Kanak-kanak dapat diuruskan dengan lebih menyeluruh dan berfokus berbanding sebelum ini yang dilaksanakan secara umum di bawah Unit Kanak-kanak JKM.

Loading...
Terkini