comscore
Tumpuan :
Nasional

KSP RMK12: Kerajaan tidak abai kesejahteraan rohani, mutu kesihatan dan perumahan rakyat

Foto hiasan

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak hanya menumpukan aspek ekonomi dan pendapatan rakyat semata tetapi turut mencakupi sisi aspek kerohanian, kesihatan, perumahan, perpaduan sosial dan pemerkasaan masyarakat Madani.

Datuk Seri Anwar berkata, kesejahteraan rohani rakyat amat penting dan kerajaan tidak akan sesekali mengabaikan tanggungjawabnya dalam menyuburkan hati nurani rakyat.

“Kerajaan bertekad untuk menambah baik mutu kesihatan rakyat. Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini pada 15 Jun 2023.Sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatan. Kerajaan juga telah bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta bagi menangani masalah kesesakan yang telah sekian lama berlanjutan”.

Foto hiasan

Dalam soal perumahan pula, sehingga akhir tahun 2022 sebanyak 108,373 unit Rumah Mampu Milik telah dibina.

“Saya yakin dengan penglibatan semua sektor awam dan swasta, sasaran kita untuk membina 500,000 unit Rumah Mampu Milik dalam RMK12 akan tercapai. Bagi memudahkan rakyat mempunyai tempat tinggal yang selamat dan selesa, anjakan utama Perumahan Rakyat akan terus ditambah baik melalui peralihan daripada konsep pemilikan kepada konsep tempat tingga”.

Skim Sewa untuk Beli juga akan diperluas bagi membolehkan lebih ramai kumpulan sasar memiliki rumah selain memperkasakan inisiatif penyediaan tempat tinggal secara sewaan kepada golongan yang kurang berkemampuan di kawasan bandar utama seperti Johor dan Selangor.

Loading...
Terkini