comscore
Tumpuan :
Nasional

Kuasa Memberi Moratorium Di Tangan Pihak Bank

 

KUALA LUMPUR:Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata keputusan untuk memberi moratorium pinjaman kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) terletak atas kuasa institusi perbankan.

Bagi beliau, penting untuk sektor perbankan terus menyokong PMKS yang berdepan kekangan kewangan, namun moratorium untuk semua seperti sebelum ini tidak sesuai bagi situasi semasa.

“Kerajaan tidak membuat keputusan mengenai moratorium, pihak bank yang membuat keputusan dan mereka akan memberi moratorium kepada syarikat yang memerlukan moratorium. Kerajaan seperti sedia maklum, tidak memiliki bank. Anda kena ingat pwekara ini. Kerajaan hanya boleh memperkenalkan dasar yang menyokong dan membantu semua lapisan masyarakat.” katanya pada sidang media di luar Persidangan Perbankan Malaysia 2022, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri semalam bahawa kerajaan akan mempertimbangkan satu moratorium khas bagi PMKS selepas perbincangan dengan kementerian berkaitan termasuk Kementerian Kewangan.

Datuk Seri Tengku Zafrul turut berkata pertumbuhan ekonomi bagi suku ke-2 tahun ini berkembang 8.9 peratus turut disumbang pertumbuhan pinjaman yang kukuh berbanding paras tempoh pra-pandemik, selain penggunaan domestik yang meningkat serta sektor eksport yang lebih kukuh.

Menyentuh pinjaman PMKS, katanya, ia meningkat 7.5 peratus kepada RM71 bilion bagi suku ke-2 tahun ini berbanding purata RM 57 bilion agihan direkod antara tahun 2017 dan tahun 2019.

Beliau turut menegaskan moratorium yang diperkenalkan sebelum ini adalah pada tempoh sukar semasa pandemik.

Justeru, katanya, langkah-langkah yang diambil semasa krisis ekonomi akibat pandemik mungkin bukan penyelesaian terbaik pada masa ini

Loading...
Terkini