comscore
Tumpuan :
Nasional

Kucing ditemui mati dijerut dawai

Foto : Persatuan Haiwan Malaysia / Facebook

PETALING JAYA: Kejam dan tidak berperikemanusiaan !

Seekor kucing ditemui mati akibat dijerut pada leher menggunakan dawai dan digantung pada bingkai tingkap sebuah kediaman di Persiaran Intan Hulu Langat Selangor.

Menurut Presiden Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia), Arie Dwi Andika menerusi satu hantaran di facebook, kejadian disedari pada pukul 10 pagi oleh seorang penduduk yang mengesyaki perlakuan keji itu dilakukan salah seorang penghuni rumah berstatus warga asing.

Dakwaan dibuat susulan warga asing terbabit tidak menyenangi kehadiran kucing jalanan yang berlegar di sekitar kawasan rumah yang didiaminya.

“Satu laporan polis dibuat secara rasmi semalam pada pukul 1.11 pagi di Balai Polis Batu 9 Cheras, Hulu Langat, Kajang Selangor supaya satu siasatan terperinci terhadap penjenayah dilakukan menggunapakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan segera.

Sehubungan itu, Animal Malaysia menggesa pihak polis supaya segera mengambil tindakan dengan menahan individu disyaki dan menjalankan siasatan terperinci serta melakukan pendakwaan segera jika cukup fakta kes.

“Animal Malaysia menuntut tindakan pantas bagi memastikan Sistem Keadilan Jenayah Haiwan Malaysia berjalan dengan baik.

“Kita juga mahu supaya tiada toleransi serta pihak berkuasa tidak mengambil ringan terhadap jenayah haiwan berkelas begini kerana membimbangi ia menjadi trend dan melarat menjadi jenayah terhadap manusia.

“Selain itu, jenayah haiwan adalah satu jenayah berat yang ada peruntukan dalam undang-undang dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015,” ujarnya.

Loading...
Terkini