comscore
Tumpuan :
Nasional

Seorang warga asing ditemui mati dalam kebun durian di Bentong

BENTONG: Seorang lelaki warga asing ditemui mati dengan kesan kecederaan parah di beberapa bahagian badan di sebuah kebun durian di Bentong pada pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5 pagi berhubung penemuan mayat itu oleh seorang lelaki tempatan di Jalan Air Terjun Chamang.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong ke lokasi kejadian.Pemeriksaan terhadap mayat mendapati mangsa merupakan lelaki warganegara asing berusia 29 tahun,” jelasnya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Hasil siasatan lanjut membawa kepada penahanan dua lagi lelaki warganegara asing masing-masing berusia 26 dan 31 tahun di kawasan kebun dan berhampiran lokasi kejadian.

Pemeriksaan terhadap badan salah seorang suspek mendapati terdapat beberapa kecederaan dipercayai dari pergelutan dengan mangsa.

Polis turut merampas sebilah parang dan pisau dipercayai digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

Polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan tampil bagi membantu siasatan atau menghubungi Asisten Superintendan Faizal Abdullah di talian 012-4834439 atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222

Loading...
Terkini