comscore
Tumpuan :
Nasional

Kumpulan pertama Simen Rahmah diserah di Port Dickson, Kuala Krai 

Foro hiasan

KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama Simen Rahmah telah diserahkan ke beberapa projek pembinaan di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Kuala Krai, Kelantan, baru-baru ini.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan memaklumkan, Simen Rahmah berkenaan akan dibekalkan secara beransur-ansur sehingga 30 Jun 2028, dengan perbezaan harga ditanggung sepenuhnya oleh pengeluar simen.

“Pelaksanaan Inisiatif Simen Rahmah ini selari dengan visi agenda MADANI nasional iaitu menyumbang kepada penyediaan rumah mampu milik kepada golongan sasar kumpulan B40 dan M40,” kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dalam kenyataan.

Inisiatif Simen Rahmah, yang merupakan kerjasama KPKT dan Persatuan Simen dan Konkrit Malaysia (C&CA) serta pemaju perumahan swasta, diumumkan pada bulan April 2023 sebagai langkah mengurangkan beban kos pembangunan rumah mampu milik dalam usaha mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Inisiatif ini melibatkan harga rumah dalam kategori rumah mampu milik, iaitu yang berharga RM300,000 dan ke bawah untuk kumpulan sasaran B40 dan M40, membabitkan sumbangan besar subsidi berjumlah RM120 juta kepada bakal pembeli rumah.

Melalui kerjasama itu, C&CA telah menawarkan KPKT sebanyak 20 juta beg simen kampit standard 50 kilogram (bersamaan satu juta tan metrik simen) dengan harga istimewa bagi simen pukal iaitu RM290 tan metrik, daripada harga pasaran semasa iaitu RM410 per tan metrik.

Bagi simen kampit pula ditawarkan dengan RM17.50 sekampit iaitu perbezaan pengurangan sebanyak RM5 daripada pasaran semasa.

KPKT turut menyeru semua pemaju perumahan yang layak untuk menyertai Inisiatif Simen Rahmah melalui kelulusan permit iklan dan jualan perumahan melalui Housing Integrated Management System (HIMS) di bawah KPKT.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini