comscore
Tumpuan :
Nasional

KUSKOP setuju kurangkan kadar caruman KWRS

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

BANGI: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bersetuju mengurangkan kadar caruman dalam Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) daripada 15% yang merupakan caruman wajib kepada 13% mulai tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2023 sehingga 30 November 2025.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata ia bermakna koperasi dapat meningkatkan potensi pendapatan boleh guna untuk aktiviti perniagaannya dengan lebihan kecairan tunai berjumlah hampir
RM20 juta.

“Diharap pengurangan kadar KWRS ini dapat memberi kelegaan kepada koperasi untuk bangkit semula dan memulihkan perniagaannya serta mengalami pertumbuhan yang lebih baik, ” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian peluncuran Dasar Koperasi Negara di sini hari ini.

“Kementerian berharap gerakan koperasi juga wajar dipertimbangkan untuk menikmati insentif cukai yang turut sama dinikmati oleh Syarikat, antaranya insentif cukai bagi Taraf Perintis dan Relief Kumpulan.

Katanya sehingga 31 Disember 2022, sebanyak 15,315 koperasi telah didaftarkan dengan keanggotaan seramai 7.31 juta orang, syer dan terkumpul sebanyak RM16.98 bilion serta aset terkumpul sebanyak RM159.61 bilion.

“Pada masa ini, penglibatan belia dan kumpulan berpendapatan rendah dalam koperasi secara relatifnya adalah rendah berikutan kurangnya minat serta koperasi dilihat sebagai aktiviti ekonomi bukan
utama bagi mereka. “

Loading...
Terkini