comscore
Tumpuan :
Jenayah

Dua lelaki ceroboh Istana Negara didakwa

FOTO: Fail PDRM

KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, Jumaat lalu dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, suspek yang melakukan kesalahan itu dituduh di mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, kedua-dua suspek mengaku bersalah atas kesalahan dilakukan.

“Pertuduhan tambahan dikenakan ke atas seorang suspek di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Bagaimanapun suspek tidak mengaku bersalah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, motif cubaan pencerobohan Istana Negara yang dilakukan dua suspek tersebut adalah tidak dapat dipastikan.

Jumaat lalu, polis menahan dua lelaki yang disyaki cuba menceroboh Istana Negara di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, kedua-dua suspek yang menaiki sebuah Perodua Kembara pada mula cuba memasuki Istana Negara melalui Pintu 3, kira-kira jam 4.40 petang.

Beliau dilapor berkata, anggota polis yang berkawal di pintu masuk menahan kenderaan dinaiki suspek dan suspek memaklumkan mereka mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini