comscore
Tumpuan :
Nasional

Labur RM1.1 juta tapi hanya dapat RM16,000

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri

KUCHING: Seorang juruteknik di sini hanya dapat menerima RM16,000 sebelum wang pelaburannya kira-kira RM1 juta dilesapkan oleh sindiket penipuan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kejadian berlaku selepas mangsa usia awal 60-an menekan pautan pada satu iklan pelaburan di YouTube dan memberikan nombor telefonnya.

Selepas itu, mangsa menerima mesej melalui Whatsapp yang menjemputnya masuk ke dalam satu kumpulan di laman sosial itu.

Menurut Mohd Azman, mangsa kemudian dijanjikan akan mendapat keuntungan daripada pelaburan saham berkenaan.

Sejak itu dari awal Mei lalu hingga Julai, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak 25 kali transaksi kepada lima akaun bank yang berbeza dengan jumlah RM1.1 juta.

“Mangsa hanya menerima dua kali pulangan sebanyak RM16,000 dan jumlah kerugian yang dialami mangsa adalah lebih kurang RM1 juta,” kata Azman dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Loading...
Terkini