comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lambaian Kasih: Pengalaman manis buat pasukan pelambai

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pasukan pelambai yang terdiri daripada kakitangan pelbagai kementerian antara yang bertuah kerana berpeluang terlibat dalam acara lambaian kasih sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini.

Pasukan pelambai seramai 3,650 ini, mula tiba di pekarangan luar pintu masuk Parlimen seawal jam 6 pagi dengan bas yang disediakan.

Foto: NSTP

Wajah ceria pasukan pelambai dapat dirakam oleh wartawan Buletin TV3 ketika mereka sedang membuat persiapan.

Anggota Bomba Putrajaya antara pasukan pelambai Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini. – Foto: NSTP

Acara kemuncak akan bermula pada pukul 10 pagi dari Dataran Parlimen ke Bulatan Dato’ Onn sebelum Seri Paduka Baginda berdua berlepas ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini