comscore
Tumpuan :
Nasional

Lambaian Kasih: Pengamal media mula berkumpul di pekarangan Istana Negara untuk liputan

KUALA LUMPUR: Sejak jam 6 pagi lagi, pengamal media tempatan sudah mula berkumpul di luar pekarangan Istana Negara untuk liputan sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini.

Acara kemuncak tersebut akan bermula pada pukul 10 pagi dari Dataran Parlimen ke Bulatan Dato’ Onn sebelum Seri Paduka Baginda berdua berlepas ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih yang diadakan di sepanjang laluan Jalan Parlimen sehingga arah Bulatan Dato Onn dan perlu mematuhi arahan kawalan lalu lintas oleh pihak polis serta tidak menghalang laluan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini