comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lanjutan 30 hari untuk Mirzan isytihar harta – SPRM

KUALA LUMPUR: Mirzan Mahathir diberi tempoh selama 30 hari lagi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan hartanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya memberi tempoh lanjutan itu seperti dimohon ahli perniagaan terbabit.

“Kami memberinya lanjutan selepas beliau memohon masa tambahan untuk mengisytiharkan hartanya,” katanya.

Bulan lalu, media melaporkan, SPRM mengeluarkan perintah notis mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 terhadap Mirzan.

Mirzan dikehendaki mengisytiharkan segala aset di dalam pegangannya, sama ada dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis itu.

Perintah itu adalah tindakan susulan siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

SPRM sudah memulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora serta Kertas Panama.

SPRM sedang mengkaji dokumen kewangan serta pemilikan aset entiti yang tersenarai dalam laporan-laporan itu dan siasatan masih dijalankan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini